Jumaat, 15 November 2013

Kami juga ada Kuih Cincin Sabah

Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah.
Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula melaka.
Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup.
Kuih ini menjadi buruan orang ramai yang datang ke Sabah



          
RM8/1 Packet

Khamis, 14 November 2013

Info tentang "Ibu Kolegen"

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Seaweed marine collagen merupakan keluarga rumpai laut yang hidup subur di lautan Malaysia, terutamanya Sabah.Sabah merupakan salah satu kawasan penternakan tumbuh-tumbuhan tersebut secara komersial dan berkualiti tinggi.Rumpai laut ini dikeringkan dan tidak mengandungi sebarang bahan campuran.


Seaweed marine collagen juga dikenali sebagai...
  •  ibu collagen
  •  Sea Bird Nest
  • rumpai laut                  



SIAPA YG BOLEH MAKAN PURINE MARINE COLLAGEN 
1) Lelaki & wanita
2) Ibu mengandung, kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas sahaja) manfaat dikongsi bersama ibu & anak.
3) Ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
4) Ibu menyusu, kaya dengan mineral bagus untuk baby. Manfaat dikongsi bersama ibu & anak
5) kanak-kanak berumur 2tahun keatas
6) Wanita selepas bersalin, tidak digalakkan ambil,selepas 2-3 bulan
bersalin baru boleh ambil rumpai laut ini.







KEBAIKAN   
  • seaweed marine collagen ini mengandungi collagen 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan sarang burung layang-layang
  • Mengandungi Kalsium 37 kali lebihtinggi daripada hati ikan
  • Antioksida lebih kuat dari vitamin C


KHASIAT
  • Bertindak sebagai anti-bakteria
  • Menghilangkan sembelit
  • Merawat dan mencantikkan kulit 
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melaraskan berat badan dan hormon

Rabu, 13 November 2013

 CARA PENGAMBILAN

 ->Waktu terbaik ambil semasa...
Selepas bangun tidur, sebelum gosok gigi dan sebelum tidur
   (pastikan perut kosong)

 -> 3 sudu besar setiap kali makan.

 -Boleh Juga.....
  •  dijadikan ulam 
  • dimakan begitu saja.
  •   Campur dengan air minuman kegemaran 
  •   Bancuh bersama air suam
  •   Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu asli.





seaweed- Grade-AAA & Grade-AA



    Grade AAA
1. Diproses semulajadi warna purple,pengeringan cara traditional (hotwind)
2. Diproses sekali sahaja
3. Khsiatnya lebih tinggi
4. Bergaram
5. Berbau
6. Warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
7.warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
8. umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih








 Grade AA
1. Diproses secara stim warna kekuningan,pengeringan cara pengwapan (stim)
2. Diproses 3 kali
3. Khsiatnya Kurang sedikit daripad gred AAA
4. Kurang garam
5. Kurang bau
6. Warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
7. umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih




 

Isnin, 11 November 2013

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
  2. Rendam kolagen yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
  5. Rebus dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit 
  6. Kacau sehingga hancur
  7. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais  


PERHATIAN!
  Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe,teh,berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein. Sebab semua tu boleh menyerap dan membuang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.

 Jika teringin sangat untuk minum minuman berkafien selangkan 3-4 jam selepas mengambil kolagen.

CARA MENGGUNAKAN KOLAGEN ASLI SEBAGAI MASK


Kelebihan menggunakan kolagen asli ini ialah  ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah(Face mask)




CARA MENGGUNAKAN KOLAGEN ASLI SEBAGAI FACE MASK
 
 
  1.  Cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas (Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit)
  2. Kemudian baru sapu gel kolagen yang telah dimasak di serata wajah dan leher.  
  3.  Biarkan kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi.
  4.  Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.             
Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau
 
Hasilnya pori-pori kulit lebih... 
 
  •  Halus
  • Lembut
  • Anjal
  • Cerah 

 Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkannya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit.

  • Kulit Berminyak
  1.  Sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus
  2.   Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah
  3.  Biar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan
  4.  Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

  • Kulit Normal

  1. Campurkan madu bersama gel kolagen ini
  2. Llalu dibuat masker wajah dan sapukan pada wajah
  3.  Ia akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri, segar dan bercahaya. 
  • Kulit Kering
  1. Campurkan gel kolagen dengan susu tepung atau jus lemon
  2. Ia akan mengembalikan kelembapan kulit  dan membuatkan kelihatan lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.